Tuesday, December 23, 2014

Takaful: Berapa Kosnya?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

BERAPAKAH KOS MENYERTAI TAKAFUL?


1. Saya bahagikan jawapan untuk persoalan di atas kepada 4 bahagian yang ringkas.

2. Pertama: Apa yang kita faham tentang kos? Dengan MENYIMPAN duit dalam takaful, adakah simpanan itu dikira satu 'kos' (cost)? TAK KAN?

3. Sebenarnya, menyumbang dalam takaful adalah satu bentuk simpanan seperti menyimpan di bank. Ada tak orang rasa terbeban menyimpan (deposit) duit di dalam akaun sendiri di bank? TAK KAN?

4. Jadi, apa pula beza antara menyimpan di bank dengan takaful?

5. Dengan takaful, kita menyimpan seperti di bank. Bezanya, andaikan kita perlu guna duit untuk kos perubatan yang berpuluh-puluh atau beratus ribu, duit yang dikeluarkan daripada bank pasti berkurang.

6. Dengan takaful, duit simpanan itu tak terusik sebaliknya syarikat takaful akan membantu menanggung kos tersebut. Inilah antara perbezaan besar menyimpan dengan takaful atau dengan bank.

7. Kedua: Di Great Eastern Takaful (GET), pelan atau polisi yang disediakan adalah berpatutan.

8. Saya sebut berpatutan, bukan murah kerana murah tidak semestinya baik malah ramai yang terpedaya atau tak berpuas hati dengan promosi apa jua produk yang menggunakan 'magic word' murah atau 'cheap'. Bukankah kualiti itu penting?

9. Apapun, GET masih menawarkan pelan yang mesra kewangan dengan sumbangan bulanan serendah RM25, RM50 atau RM100 sahaja, bergantung kepada jenis polisi yang kita ingin ambil. Contohnya, Pelan Amal (Haji/Umrah/Korban), Pelan Damai dan lain-lain.

(Nota: Perhatikan di atas saya menggunakan istilah sumbangan (contribution) dan bukannya bayaran (payment/premium) kerana inilah konsep takaful yang akan saya terangkan sikit di bahagian kesimpulan nanti) 

10. Ketiga: Harga RM25, RM50 dan RM100 di atas adalah contoh minimum sumbangan untuk menyertai takaful. Jika kita mahukan lebih banyak manfaat dan faedah, sudah pastilah lebih besar sumbangan yang diperlukan betul tak?

11. Contohnya, jika A menyumbang RM150 sebulan, manakala B menyumbang RM300 sebulan, pastilah B layak mendapat manfaat yang lebih besar bukan? Akal yang sihat pasti dapat menerima perkara ini.

12. Maksudnya, katakan A dan B ditimpa kemalangan dan dirawat di hospital, tidak pelik jika B menerima rawatan di bilik yang lebih baik kualitinya berbanding A.

13. Keempat: Akhir sekali, dan saya rasa ini adalah antara perkara paling penting.

14. Terdapat banyak kes yang telah berlaku, apabila seseorang ditimpa penyakit, atau ahli keluarga ditimpa musibah, merayu-rayu untuk mendapatkan bantuan kewangan termasuk melalui takaful, namun sudah terlambat.

15. Oleh itu, mulailah menyimpan di takaful SEKARANG, kerana ia jauh lebih murah ketika (1) kita muda, (2) sihat berbanding ketika sudah (1) tua, atau (2) sakit. Jadi, apa tunggu lagi? Silakan menghubungi saya untuk kita berbincang melalui sesi rundingan kewangan percuma. Serius ni, bukan cubaan.

16. Kesimpulan: Takaful adalah pilihan pelan kewangan terbaik berbanding insurans (sila baca lebih lanjut di sini) dan bertunjangkan 2 konsep utama iaitu menabung dan menderma.

17. Ini bermakna, kita bukan membayar, sebaliknya menyimpan duit untuk persediaan hari susah. Apabila sampai tempoh matang, duit simpanan yang terkumpul boleh kita gunakan untuk pelbagai perkara, seperti mengerjakan ibadah haji dan umrah.

18. Demikian juga, selain menyimpan, kita dikira menyumbang kerana selari dengan konsep menderma, duit-duit yang disumbangkan akan terkumpul di dalam satu tabung untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa kemalangan.

19. Mana tahu, jika peserta yang ditimpa kemalangan itu adalah kita dan tatkala itu kita harus bersyukur kerana menyertai rakan-rakan lain dalam takaful yang telah bersama-sama membantu antara satu sama lain.

Sekian, terima kasih.

0 Maklum Balas:

Post a Comment

Maklum balas anda amat saya hargai. Terima kasih