Tuesday, March 10, 2015

Takaful Diri Saya Sendiri


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warohamtullahi wa barokatuh.

(Sumber foto)
1. Alhamdulillah akhirnya dapat buku polisi takaful untuk diri sendiri (Pelan Amal RM55 sebulan).

2. Semoga dengan ikhtiyar ini Allah subhanahu wa Ta'ala mempermudahkan urusan dan membantu saya untuk dapat ziarah juga ke Tanah Haram suatu hari nanti.

3. Tahniah juga buat saudara Zaid Yusoff hafizhohullahu Ta'ala (seorang sahabat di MCKK dulu, yang kini sudah menjadi seorang auditor berkaliber di Firma KHR) kerana beliau turut sama menyimpan untuk hari akan datang sebagai persiapan yang baik insya Allah.

4. Semoga Allah subhanahu wa Ta'ala menambahkan rezeki beliau, menemukan beliau dengan jodoh yang baik serta bahagia bersama-sama keluarga di dunia dan akhirat.

Amin. Allahumma amin.

Kami sudah. Anda bila lagi?
Baca Teks Penuh

Tuesday, December 23, 2014

Takaful: Berapa Kosnya?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

BERAPAKAH KOS MENYERTAI TAKAFUL?


1. Saya bahagikan jawapan untuk persoalan di atas kepada 4 bahagian yang ringkas.

2. Pertama: Apa yang kita faham tentang kos? Dengan MENYIMPAN duit dalam takaful, adakah simpanan itu dikira satu 'kos' (cost)? TAK KAN?

3. Sebenarnya, menyumbang dalam takaful adalah satu bentuk simpanan seperti menyimpan di bank. Ada tak orang rasa terbeban menyimpan (deposit) duit di dalam akaun sendiri di bank? TAK KAN?

4. Jadi, apa pula beza antara menyimpan di bank dengan takaful?

5. Dengan takaful, kita menyimpan seperti di bank. Bezanya, andaikan kita perlu guna duit untuk kos perubatan yang berpuluh-puluh atau beratus ribu, duit yang dikeluarkan daripada bank pasti berkurang.

6. Dengan takaful, duit simpanan itu tak terusik sebaliknya syarikat takaful akan membantu menanggung kos tersebut. Inilah antara perbezaan besar menyimpan dengan takaful atau dengan bank.

7. Kedua: Di Great Eastern Takaful (GET), pelan atau polisi yang disediakan adalah berpatutan.

8. Saya sebut berpatutan, bukan murah kerana murah tidak semestinya baik malah ramai yang terpedaya atau tak berpuas hati dengan promosi apa jua produk yang menggunakan 'magic word' murah atau 'cheap'. Bukankah kualiti itu penting?

9. Apapun, GET masih menawarkan pelan yang mesra kewangan dengan sumbangan bulanan serendah RM25, RM50 atau RM100 sahaja, bergantung kepada jenis polisi yang kita ingin ambil. Contohnya, Pelan Amal (Haji/Umrah/Korban), Pelan Damai dan lain-lain.

(Nota: Perhatikan di atas saya menggunakan istilah sumbangan (contribution) dan bukannya bayaran (payment/premium) kerana inilah konsep takaful yang akan saya terangkan sikit di bahagian kesimpulan nanti) 

10. Ketiga: Harga RM25, RM50 dan RM100 di atas adalah contoh minimum sumbangan untuk menyertai takaful. Jika kita mahukan lebih banyak manfaat dan faedah, sudah pastilah lebih besar sumbangan yang diperlukan betul tak?

11. Contohnya, jika A menyumbang RM150 sebulan, manakala B menyumbang RM300 sebulan, pastilah B layak mendapat manfaat yang lebih besar bukan? Akal yang sihat pasti dapat menerima perkara ini.

12. Maksudnya, katakan A dan B ditimpa kemalangan dan dirawat di hospital, tidak pelik jika B menerima rawatan di bilik yang lebih baik kualitinya berbanding A.

13. Keempat: Akhir sekali, dan saya rasa ini adalah antara perkara paling penting.

14. Terdapat banyak kes yang telah berlaku, apabila seseorang ditimpa penyakit, atau ahli keluarga ditimpa musibah, merayu-rayu untuk mendapatkan bantuan kewangan termasuk melalui takaful, namun sudah terlambat.

15. Oleh itu, mulailah menyimpan di takaful SEKARANG, kerana ia jauh lebih murah ketika (1) kita muda, (2) sihat berbanding ketika sudah (1) tua, atau (2) sakit. Jadi, apa tunggu lagi? Silakan menghubungi saya untuk kita berbincang melalui sesi rundingan kewangan percuma. Serius ni, bukan cubaan.

16. Kesimpulan: Takaful adalah pilihan pelan kewangan terbaik berbanding insurans (sila baca lebih lanjut di sini) dan bertunjangkan 2 konsep utama iaitu menabung dan menderma.

17. Ini bermakna, kita bukan membayar, sebaliknya menyimpan duit untuk persediaan hari susah. Apabila sampai tempoh matang, duit simpanan yang terkumpul boleh kita gunakan untuk pelbagai perkara, seperti mengerjakan ibadah haji dan umrah.

18. Demikian juga, selain menyimpan, kita dikira menyumbang kerana selari dengan konsep menderma, duit-duit yang disumbangkan akan terkumpul di dalam satu tabung untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa kemalangan.

19. Mana tahu, jika peserta yang ditimpa kemalangan itu adalah kita dan tatkala itu kita harus bersyukur kerana menyertai rakan-rakan lain dalam takaful yang telah bersama-sama membantu antara satu sama lain.

Sekian, terima kasih.

Baca Teks Penuh

Sunday, December 21, 2014

Duit KWSP Tak Cukup


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Sila baca keratan akhbar di bawah.

2. Jika tak nak baca semua, biar saya bagi ringkasan.

3. Ringkasnya, duit KWSP tak cukup untuk hari persaraan kita, tambahan pula nilai duit dalam masa akan datang akan merosot (nilai RM1 hari ini tak sama dengan RM1 dalam masa 10 tahun akan datang).

4. Keadaan ini bertambah buruk jika duit KWSP yang disimpan digunakan selepas persaraan tanpa disiplin dan perancangan yang baik (ramai yang bersikap begini!).

5. Keselesaan pada masa akan datang bukan bergantung kepada banyak mana kita terima (gaji) tetapi banyak mana kita simpan.

6. Justeru, menyimpan dengan takaful adalah satu ikhtiyar yang sangat baik menggabungkan pelan MENYIMPAN, PERLINDUNGAN (contoh: Kad perubatan) dan PELABURAN.

7. Ayuh perbaik pengurusan kewangan dengan bertakaful sekarang!

Semoga bermanfaat. Terima kasih. Wallahua'lam.

P/S: KWSP sendiri secara rasminya di laman Facebook mereka di sini berpesan supaya jangan hanya bergantung kepada KWSP untuk hari persaraan.


Baca Teks Penuh

Wednesday, December 10, 2014

Kakitangan Awam Perlu Takaful Tak?


Bismillahirrahirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Di luar sana, bukan sahaja kakitangan awam seperti cikgu di sekolah yang ada takaful, tapi doktor pun ada takaful. Doktor pun manusia juga, kadang-kadang sakit dan perlu membuat persediaan- hospital bukan doktor yang punya betul tak?

2. Antara sebab kenapa kakitangan awam pun perlu takaful, walaupun (kelihatannya seolah-olah) dilindungi sepenuhnya oleh kerajaan adalah seperti berikut:

3. Tak ada orang yang bekerja dengan kerajaan buat selama-lamanya. Pada usia 6o tahun contohnya, adakah kita masih bekerja? Padahal waktu inilah lazimnya mula datang penyakit itu dan ini. Rasa-rasa ada tak syarikat takaful yang nak terima jika baru nak buat dalam usia ni?

4. Kedua, adakah kerajaan akan menanggung kos perubatan yang tinggi? Contohnya puluhan (atau ratusan ribu) seperti kos pembedahan misalnya? Kalau ditanggung pun, adakah 100%? Menurut seorang sahabat yang merupakan pekerja senior di sebuah syarikat swasta, kos bypass jantungnya adalah RM64 000 dan syarikat hanya peruntukkan tidak sampai RM30 000 untuk beliau. Kalau kita rasanya macam mana?

5. Adakah hospital sentiasa lengang dan kita sentiasa diberi keutamaan (priority) ketika ingin mendapatkan rawatan? Bayangkan dalam keadaan kesakitan, kita sampai di hospital jam 12 tengahari tapi pukul 12 malam baru dapat jumpa doktor?

6. Buatlah persiapan mulai sekarang. Manfaatnya besar, kosnya pun murah, jika kita bermula awal.

7. Semoga membuka sikit minda kita dan semoga urusan kita semua dipermudahkan. Terima kasih kerana sudi membaca.

(Sumber)
Baca Teks Penuh

Wednesday, November 5, 2014

Perihal Rezeki


Bismillahirrahmanirrahim.

"Jika kamu tidak tahu alamat tempat rezekimu, maka ketahuilah rezekimu tahu alamat tempatmu."

1. Ini adalah satu contoh kalam ulama' yang cukup mendalam maknanya, menusuk qalbu buat yang sentiasa mahu bermuhasabah i.e menilik kelemahan dan kekurangan pada diri.

2. Yakinilah bahawa rezeki kita semuanya milik Allah SWT, al-Rozzaq, al-Mughniyy, al-Rohmanu, al-Rohiimu wal Karimu.

3. Moga Allah SWT memberikan kita pengajaran, manfaat dan kebaikan dari kalam ini amin Allahumma amin.


Baca Teks Penuh

Sunday, November 2, 2014

Merancang Ibadah Haji dan Umrah


Bismillahirrahmanirrahim.

1. Berikut ialah satu perbandingan mudah antara menyimpan dengan Tabung Haji dan menyimpan dengan Great Eastern Takaful serendah RM50/sebulan sahaja.

Jadual perbandingan (sumber)
Baca Teks Penuh

Saturday, November 1, 2014

Perniagaan Paling Besar


Bismillahirrahmanirrahim.

Salam sejahtera.


"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui."
(Surah al-Saff, ayat 10-11)

Catatan:

1. Perniagaan yang besar yang dimaksudkan adalah yang telah saya tebalkan (hurufnya) di atas.

2. Telah bersabda Nabi SAW, "Anak Adam akan pasti bertambah tua akan tetapi dua perkara yang akan sentiasa muda dalam dirinya; (i) angan-angan dan (ii) cintanya kepada harta kebendaan."

3. Firman Allah SWT lagi di dalam sebuah surah pendek yang lazimnya kita hafal mafhumnya:

"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.

Yang mengumpulkan harta dan asyik menghitung-hitungnya.

Dia menyangka yang hartanya itu dapat membuatnya hidup kekal.

Sekali-kali tidak.

Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Neraka Hutamah.

Dan tahukan apakah itu Hutamah?

Iaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan yang membakar sampai ke hati.”
(Surah al-Humazah)

4. Penulisan ini adalah sebagai nasihat dan peringatan buat diri saya juga dan saya harap ia menyentuh hati kita insya Allah.

5. Sebagai pembacaan tambahan dalam kita meneliti falsafah harta dalam Islam, sila rujuk teks khutbah Jumaat oleh Dr Mohd Farid Shahran di sini.

Wallahua'lam.
Baca Teks Penuh