Kenapa Takaful?


Sepatutnya kita tanya dulu: KENAPA TIDAK?

Sebelum saya menjawab soalan anda, elok kiranya kita lihat dulu perbandingan antara takaful dan insurans konvensional.


Berikut adalah antara beberapa sebab (banyak lagi sebenarnya) kenapa setiap individu perlu menyertai takaful untuk diri dan ahli keluarga tersayang:

1. Daripada jadual di atas, kita simpulkan bahawa takaful adalah pilihan terbaik berbanding insurans terutamanya buat umat Islam- orang bukan Islam pun ada yang buat tau?

2. Kos hidup yang meningkat- antara kos yang paling penting adalah kos perubatan dan bil hospital. Malangnya, ramai orang hanya terfikir tentang kos ini apabila ditimpa kemalangan atau penyakit, atau ketika sudah tua. Padahal apabila ditimpa penyakit, sudah terlambat untuk bertakaful. Bila dah tua pula, kos untuk sertai takaful jauh lebih mahal.

3. Justeru, sementara sihat dan muda ni, segeralah sertai takaful.

4. Simpanan hari tua- ramai yang tidak sedar bahawa duit pencen daripada syarikat tidak cukup untuk menampung kehidupan hari tua. Cuba baca satu artikel (di sini) tentang KWSP contohnya. Padahal menyimpan dengan takaful adalah lebih baik kerana duit simpanan terjaga, dan jika memerlukan sumber kewangan untuk kos perubatan, syarikat takaful akan membantu membiayai kos tersebut.

5. Bayangkan. Jika kita meninggal dunia, bagaimana dengan anak-anak dan isteri kita? Macam mana pulak kalau kita masih banyak hutang yang belum dilunaskan? Dengan bertakaful, waris kita akan menerima sejumlah wang pampasan untuk menyara hidup mereka dan membayar hutang kita.

6. Tujuan murni yang lain termasuklah simpanan untuk menunaikan ibadah haji, umrah ataupun bagi kaum ibu bapa pula, untuk membuat simpanan (perbelanjaan kos pendidikan) buat anak-anak sejak mereka kecil lagi.

7. Akhir sekali, suka saya sebutkan bahawa takaful adalah satu ikhtiyar yang baik kerana ia mengajar kita berdisiplin dalam pengurusan kewangan dengan cara menabung. Di samping itu, ia adalah peluang untuk saling menderma (yang dituntut dalam Islam) sesama peserta takaful kerana kita tidak tahu suatu hari nanti melalui derma kita, kita juga akan menerima sumbangan derma (orang lain) ketika kita ditimpa kesusahan.

"BERTAKAFULLAH SEKARANG UNTUK DIRI DAN INSAN TERSAYANG."

Sekian, terima kasih.


0 Maklum Balas:

Post a Comment

Maklum balas anda amat saya hargai. Terima kasih